Sunday, 30 December 2012

hyee ! sedar tak sedar lgi 2 hari saja nak buka skolah.. happy ke tak happy ? haha.. happy of c0z sbb dpt jumpa kawan2.. tak happy sbb kna study balik.. next year eyla PMR.. eyla nak buat yg terbaikk... nak banggakan parents eyla.. dan kl0 b0leh eyla nak pindah skolah.. jauh-2 sikit.. nnti adee feeling rindu-2.. and feeling mcm balik kg.. hahax.. berangan sajaa... f0r PMR and SPM next yearr g0od luck eehhh... h0pe k0rang dpt keputusan memuaskan... tapi kna usaha lah tauu.. bukan mengharap je (gaya mcm pandaikan) hahax...    =P

               BYE !

Thursday, 27 December 2012

Assalamualaikum. Hari ini salah satu guru di sekolah eyla telah pulang ke rahmatullah. Akibat serangan jantung.. Yg eyla tahu kejadian itu berlaku di sekolah eyla. Arwah berada di sana kerana ada mesyuarat guru. Arwah meninggal pada pukul 1 tgh hari. Hmm. Hati ini terkilan benar.. Guru yang dikira peneman dan org yg sering menggembirakan kami pergi meninggalkan kami untuk selamanya.. Pada mulanya eyla sendiri tidak percaya.. Terkejut pon ade.. Beberapa hari saja lagi skolah nak bermula.. Walaupun eyla dah bertukar sesi, guru yg pada mula berjasa pada eyla akan eyla kenang.. Agak menyedihkan juga.. Jadi sesiapa yg baca blog ini (kalau ade lah) eyla mohon tolong doakan arwah tenang di sana dan ditempatkan di golongan org-orgyg beriman. Amiinnn....

Wednesday, 26 December 2012

Assalamualaikum.. Hmm da lama kan eyla tak update blog ni.. Bzy skit.. Cewwaahh.. Hahax. Lately ni eyla ade problem sikit. on lappy pun tak ade mood. Hmm btw, bru-bru ni eyla pergi i-City tau.. with my parents.. Hmm malu nak ckp tapi ini kali pertama eyla pergi KL.. seriously.. Sebelum ni eyla tak pernah pergi KL pon.. Hehehe.. Malunya.. Pergi i-City je pun da kluar beratus-ratus.. But parents eyla ckp sekali-sekala tak ape.. Memandangkan cuti ayah eyla lps.. kalau tak nak dapat cuti pun separuh mati rasanya.. adik eyla nak sgt main dkt waterpark tu.. But masa suntuk and entrance dia pon mahal, tak jadi lah.. Tapi tak apa.. Masa akan datang kalau umur panjang masih bole pergi.. Then kiteorg terus pergi barang skolah.. Untuk tahun ni keperluan skolah adik sahaja yang beli lengkap.. eyla malas sgt nak beli baru.. Memandangkan yang tahun lepas masih bole pakai.. Barang adik tu pun da beratus.. Hahax.. Semuanya duitkan.. Masalah mmg akan datang dalam kehidupan kite.. Tuhan menguji kita kerana dia sayang kan kite.. Dan Allah akan memberi ujian yang mengikut kemampuan kite.. Jadi jangan sesekali mengeluh akan ujian yang hadir.. Oke.. done utk kali ini.. Maybe 2 days around i will update.. Kalau update byk2 menyampah pulookkk kann..

Thursday, 13 December 2012

Assalamualaikum korang. Kali ni eyla nak share tentang rahsia.. Korang tentu ada rahsia yang korang tak boleh bagitahu sape-sape termasuk lah kawan or boypren korang. Kali ni eyla nak share masalah eyla dengan korang. Eyla ada satu masalah yang berhubung kait dengan rahsia. Rahsia eyla ni eyla tak pernah bagitahu sesiapapon. Tapi sekarang ada someone perlu tahu tentang rahsia ni. Sekarang eyla tak tahu nak buat macam mana. Kusut kepala eyla sekarang. Kalau eyla tak bagitahu dia eyla dapat dosa kalau eyla bagitahu eyla akan menyesal seumur hidup.. Jadi sekarang eyla tengah cari jalan keluar untuk semua ini.. yang pasti eyla tetap tak akan bagitau someone tu tentang rahsia eyla. Tapi bagi korang macam mana? Kalau korang berada di tempat eyla apa yg korang akan lakukan??? hmmm so sharing is caring as always... korang boleh komen nnti ye... ok itu je yang eyla nak kongsikan hari ni.. bye..!

P/s: tolong bagi cadangan apa yang patut eyla buat.... pls...

Tuesday, 11 December 2012

Assalamualaikum.. Haii semua. Tarikh hari ni heboh diperkatakan.. 12.12.12 agak cantik tarikh ni.. Pada yg single konperm nak bercinta pada hari ni kan ?? Hmm percintaan.. Seronokkan menjalin kan percintaan dgn org yg kita sayang.. Tapi cinta ni kadang-kadang bukan bererti memiliki..  Sorry kalau ayat ni sedih sikit.. But now eyla mmg tgah bersedih pon.. Takdir kadang-kadang takmenyebeahi kita.. Kadang-kadang ade percintaan yg berakhir bukan keranakerelaan hati.. Itu memang pedih utk diterima.. Rase mcm tak bolh terima perkara tu.. Tapi kita kena paksa diri kita menerima takdir yg telah ditentukan.. Hahaha.. sorry kalau eyla jiwang terlebih.. Semua pasti akan ada pengalaman bercinta yg manis atau pahit.. Share la percintaan korang macam mna ya.. Sharing is caring kan.. Okay sampai sini je la kot eyla cerita.. Tak nak la feelling lebih plak.. Risau tulis sambil nangis pulak.. Hahaha.. okeyh lol.. bye..

P/s : jangan lupe share percintaan korang mcmmne pulak..

Sunday, 9 December 2012

Hyepp.. Assalamualaikum korang semua.. Post yg lepas eyla cakap tentang percutiankan.. Post kali nipon sama.. Korang tahu tak kat mana tempat cuti yg best ? Parents eyla rancang nak pergi bercuti.. Tapi tak tahu nak pergi cuti ke mana.. Kalau nak pergi cuti ke laut, eyla fobia dengan laut.. Dah bertahun eyla tak pergi ke laut sebab fobia ni.. So parents eyla kata tak payah pergi laut.. Kalau nak pergi Bukit Tinggi rasanya tak sesuai sbb musim hujan sekarang.. Eyla tak nak membahayakan nyawa parents eyla.. Eyla da buntu nak pergi mana.. So korang kalau ade tempat menarik bleh la share ngan eyla.. That's all untuk post kali ni..

Friday, 7 December 2012

Hyee.. Assalamualaikum.. Sekarang da masuk bulan 12.. Kejap je kan.. Pada yg masih bersekolah, da beli barang skola ke ? Eyla masih belum beli.. Cuti ni korang ada pergi mane tak ? Eyla tak pergi mana2 lagi buat masa sekarng.. Agak membosankan.. But every year macam ni.. Mengada-ngada je kan eyla ni. Hahax. Sorry uuuoooollllss... But trully said yg eyla bosan cuti ni. Every year the same things happen.. Tahun kalau boleh nak la perkara yg lain berlaku.. Hehehe.. Agaka-agak sape nak bawak eyla pergi jalan-jalan ye ? Hmm kalau boleh nak putera raja.. Hahax.. Berangan je lah aku ni.. Anywayy , next week eyla rancang nak tdo rumah family angkat eyla.. Nak jumpa anak buah.. Abg long kak long eyla give me  a baby girl.. Anak buah perempuan pertama.. Exited gila-gila ni.. Hehehe. That's all cite eyla untuk kali ni.. hope youuuaallllss like it..

Wednesday, 5 December 2012

Asslamualaikum.. Post kali ni eyla just nak simple2.. Dalam post kali ini eyla just nak cerita santai-santai tentang kehidupan. Dalam kehidupan belum tentu sentiasa ada kebahagian yang selalu..Kebahagiaan yang kita harapkan belum tentu hadir dalam kehidupan kita. Tetapi kadangkala kebahagiaan itu hadir walau sekejap. Tapi adakala kebahagiaan itu tidak akan hadir dalam kehidupan kita. Tapi pada yg menyakininya akan terus berharap kebahagiaan itu muncul.. bagi eyla kebahagiaan itu akan ada tapi bergantung pada masa,  ketabahan hati dan kesabaran seseorg itu.. Dalam hidup eyla terlalu byk liku-liku yg eyla lalui..Bagi eyla akan ada kebahagiaan pada suatu hari nanti.. Daneyla akan menanti ketibaan hari itu..

p/s: bersyukur pada kebahagiaan yg telah dikurniakan oleh-Nya....

Friday, 30 November 2012

Tragedi Mall ( =,=' )

Haii.. Assalamuaikum.. Hari ini saya nak cerita kepada korang tentang apa yg terjadi pada saya tempoh hari. Hmm mungkin tajuknya kelihatan agak membosan kan but kisah ini boleh dijadikan tauladan. Peristiwa ini terjadi beberapa hari yang lalu. Perkara itu berkaitan dengan permainan kereta control. Nak dijadikan cerita, keesokannya selepas beli permainan tu rosak. Walhal permainan tu baru sehari main. Dah la harganya pon boleh dikira mahal. yang saya sangka bateri permainan tu dah habis. Jadi saya pon tukar bateri tetapi permainan tu tetap tak boleh jalan. Keesokannya my mom jumpa dengan orang yg jual permainan. Tapi jadi masalah sebab orang yg berniaga tu warga asing. jadi komunikasi tu kureenng sikit. Then my mom tak puas hati cause mainan tu mahal. So rugi lah kalau dapat main dalam sehari sahaja. My mom jumpa manager dia. yang bikin panasnya warga asing tu boleh cakap tak ade resit.Padahal dia yg tak bagi resit. Selepas berbincang dengan manager dia baru lah dia takut. Akhir sekali permainan tu dapat ditukar. Jadi iktibar bagi saya sekarang yang mahal tak semestinya bagus. Eh, macam kanal je ayat ni. Huhuhu.. pinjam ayat dalam TV sekejap. hehehe.
p/s: maaf jika cerita ni tak berapa nak menarik

Wednesday, 28 November 2012

Post Pertama Saya

Hai ! Ini adalah blog terbaru saya. Saya buat blog ini untuk menambah keyakinan diri , mengisi masa lapang dan berkongsi apa-apa cerita yang menarik. Blog saya tak ada lah secantik blog korang semua. Saya harap blog ini dapat menarik perhatian saya. Sekiranya post di dalam blog ini kurang menarik saya minta maaf kerana telah mencuri masa anda. Tapi dalam blog ini saya hanya menjadi diri sendiri. Hope you like it....